Belajar Bersuci

Kebersihan Untuk Kesihatan

Mandi Sunat

Posted by Sifuli di 2 September 2010

Ghusl (غسل) adalah perkataan Arab merujukkan kepada mandi. Mandi pada bahasa adalah mengalirkan air pada seluruh badan. Pada syarak pula, mandi bermaksud mengalirkan air pada seluruh badan dengan niat tertentu.

Untuk memasuki keadaan suci sebelum Solat, seorang Muslim biasanya mengangkat hadas kecil, atau wuduk. Pada sesetengah keadaan, seperti pada hari Jumaat, ia “mustahab” (iaitu disunatkan) mengambil “ghusl” atau mandi sunat. Dalam keadaan yang lainnya, “ghusl” wajib dikerjakan.

Mandi-mandi sunat dan waktunya

1. Mandi hari Jumaat bagi mereka yang hendak menunaikan solat fardhu Jumaat dan waktunya adalah dari waktu Subuh.

2. Mandi Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha dan waktunya bermula sejak tengah malam.

3. Mandi minta hujan

4. Mandi kerana gerhana matahari

5. Mandi kerana gerhana bulan

6. Mandi kerana memandikan mayat

7. Mandi kerana masuk Islam

8. Mandi bagi orang gila yang telah hilang gilanya

9. Mandi bagi orang pitam yang telah hilang pitamnya

10. Mandi ketika hendak ihram

11. Mandi kerana memasuki Makkah

12. Mandi kerana wukuf di Arafah

13. Mandi kerana bermalam di Muzdalifah

14. Mandi kerana melontar jamrah yang di Mina

15. Mandi kerana tawaf

16. Mandi kerana sa’ie

17. Mandi kerana memasuki Madinah

* Orang yang gila atau pitam yang sedar dan diketahui berhadas besar, maka wajiblah baginya mandi.

* Hukum bagi mandi ketika hendak ihram sama bagi yang baligh, belum baligh, gila ataupun haid.

* Mandi kerana memasuki Makkah itu sama hukumnya bagi orang yang ihram kerana haji atau umrah.

* Mandi kerana melontar jamrah disunatkan pada tiap-tiap hari melontar.

Tinggalkan komen